Bendahari 1


Bendahari
Majlis Perwakilan Pelajar
Ammar bin Mohamad Hanapiah


Beng jadi dok ghok, tapi jadi hok katang. Mendengar sahaja slogan dalam loghat Terengganu ini, nama Bendahari MPP 2011/2012 pasti berlegar-legar dalam ingatan para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah JB. Ammar bin Mohamad Hanapiah, dilahirkan pada 7 Oktober 1995 yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman, Terengganu memulakan sesi persekolahan 2011 di SMI Hidayah JB dan mengambil aliran  Sains Tulen – Prinsip Perakaunan.

Minat yang mendalam terhadap subjek PA membantu dan membolehkan beliau untuk memahami dan menguasai subjek tersebut dan sering menjadi rujukan sahabat-sahabat yang lain. Maka, tidak hairanlah apabila beliau berjaya meraih majoriti undi dalam PilihanRaya Umum Tingkatan 4 SMIH JB 2011 untuk menjadi AJK Subjek PA.

Penggemar warna hijau ini diklasifikasikan sebagai seorang yang serius dalam kerjanya oleh teman-teman yang lain, sesuai dengan pangkat Sarjan KRSM dan jawatannya sebagai Timbalan Ketua KRSM SMIH JB 2011/2012. Diam-diam ubi berisi, begitulah ungkapan yang   sesuai untuk dikaitkan dengan beliau. Walaupun kelihatan pendiam, namun sebenarnya Ammar cepat mesra dan mudah tersenyum dengan orang lain. Masakan tidak, prinsip yang dipegangnya – Jangan biarkan orang rasa kurang senang apabila bersama kita sudah tentu mendorong Ammar untuk bertindak sedemikian. Mungkin perwatakannya dan prinsip inilah yang mendorong para pelajar SMIH untuk menaruh kepercayaan kepadanya untuk memegang tampuk kepimpinan sekolah meskipun baru sahaja menjadi warga SMIH JB bermula dari Januari 2011. Malah, beliau berupaya menjana dan melontarkan idea-idea yang bernas apabila diperlukan terutama untuk pengislahan dan kebaikan sekolah. insha Allah

Ammar bin Yasir merupakan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang begitu dikagumi oleh beliau selain menjadikan junjungan mulia Rasulullah S.A.W sebagai contoh ikutan dan idolanya dalam mengharungi mehnah hidup ini. Anak ketiga dari 6 adik-beradik ini cukup mementingkan dan menjaga hubungan baik sesama manusia, apatah lagi hubungan dengan Allah. Untuk itu, beliau menjadikan ‘Qailullah’ sebagai rutin harian beliau sekiranya berkelapangan sebagai langkah untuk bangkit di sepertiga malam, seterusnya membuktikan pengabdian hanya kepada Rabb Yang Maha Esa. Anak yang hebat ini juga cukup segan jika dipuji dengan berlebih-lebihan.

Sebagai seorang ahli MPP, beliau melihat SMIH telah pun dipenuhi dengan permata yang cukup berharga, tetapi masih belum digilap. Justeru, beliau sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk para pelajar. Dengan tekad dan keazaman yang dimilikinya, tidak mustahil.. suatu hari nanti Dunia Islam akan terus disinari dengan permata dan mutiara yang bergemerlapan. Insha-Allah.


 “Allahu Ghayatuna, Ar-rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna Al-Jihad Sabiluna”
-ammar hanapiah-

1 comment:

Anonymous said...

"Manusia yang terbaik ialah mereka yang dapat memberi manfaat kepada orang lain" mahfum hadis oleh itu jadilah anda insan yang berguna untuk insan yang lain-MHAB