Exco 1 : Aduan dan Kebajikan Pelajar


Exco Aduan dan Kebajikan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar
       Maisarah binti Kursus @ Othman



Beliau merupakan peserta terbaik Tingkatan 1, 2 dan 3sewaktu Temasya Sukan SMIH 2008 dan 2009. Beliau jualah yang telah dianugerahi Anugerah Olahragawati Sukan SMIH 2010. Maisarah binti Kursus @ Othman, namanya kian meniti di bibir para pelajar SMIH bahkan dalam kalangan guru-guru juga. Penglibatannya dalam arena sukan sekolah bukanlah sesuatu yang asing lagi. Masakan tidak, pemimpin yang sungguh berkebolehan ini pernah memecahkan rekod sekolah dalam acara lempar cakera selain pernah terpilih untuk menyertai latihan atlit memanah negeri Johor.


Dilahirkan pada tanggal Oktober 1995, anak kelima daripada tujuh beradik ini sememangnya cukup aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau begitu dikagumi dan dihormati oleh para pelajar banat kerana sifatnya yang tegas dan semangat beliau yang tidak pernah luntur memegang pangkat Pegawai Waran II dalam KRSM seterusnya menjadi tulang belakang dan penggerak KRSM SMIH banat apabila dilantik sebagai Penolong Ketua KRSM SMIH bagi sesi 2011/2012. Bagi sahabat-sahabat seperjuangan Maisarah yang mesra dengan panggilan Mai atau Ma-E ini, beliau merupakan seorang individu yang sentiasa positif dalam hidupnya selain mampu menyalurkan semangat dan kekuatan kepada insan-insan di sekelilingnya. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan peribadi muslim dalam dirinya dengan menjadikan Saidina Umar Al-Khatab sebagai ikutan. Lihat sahaja perwatakan beliau, sentiasa berlembut dalam ketegasannya.


Apa orang kata, redah je. Begitulah prinsip dan falsafah hidup yang didokong oleh Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya SMIH ini sehingga dia mampu untuk tampil dengan yakin apabila berhadapan dengan para pelajar, terutama dalam melaksanakan amanah yang dipikulnya. Maisarah turut dilabel sebagai seorang yang sentiasa available at anytime. Dia tidak pernah gagal untuk memberikan khidmat pertolongan yang terbaik apabila diperlukan, jauh sekali memberi alasan untuk tidak memberikan khidmat kepada orang lain. Idea dan buah fikiran yang dilontarkan juga berada luar daripada kotak pemikiran biasa.


Perwatakannya yang sungguh sporting dan mudah didampingi oleh orang lain terutama pelajar banat memberi nilai tambah kepadanya, lebih-lebih lagi apabila dilantik menjadi Exco Aduan dan Kebajikan dalam MPP 2011/2012. Sikapnya yang mudah mesra dengan setiap pelajar tanpa mengira usia cukup disenangi oleh semua. Allahu Akbar, Alhamdulillah. Beginilah watak peribadi muslim yang kita inginkan, memenuhi salah satu ciri muwasafat tarbiyah ;- bermanfaat kepada orang lain J



“impossible is nothing”
-maisarah KO-

No comments: