Exco KRSM


Exco Kadet Remaja Sekolah Musleh
Majlis Perwakilan Pelajar
        Adam Mujahid Bin Yuhanis 


Beliau sangat dikenali sebagai seorang kepimpinan yang mempunyai suara yang kuat dan lantang tatkala di padang. Adam Mujahid Bin Yuhanis, tampil hebat sebagai Ketua Kadet Remaja Sekolah Musleh atau [KRSM]  yang mampu menyulami tarbiah pelajar dalam bentuk fizikal dan mental. Selain itu, Adam juga memegang jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, jadi tidak hairanlah jika Adam masih mempunyai budi bicara ketika melaksanakan arahan atau denda kepada anggota Kadet Remaja Sekolah yang lain. Anak Sulong daripada 5 orang adik beradik ini, telah menjadikan Adam sebagai seorang yang sentiasa menyayangi orang disekelilingnya terutama adik adik tingkatan empat dan kebawah.

Adam yang menggemari Nasi Goreng Cina  ini, sangat bijak dalam bercampur dan bersosial dengan orang ramai walaupun beliau adalah pelajar baru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.  Anak yang lahir pada bulan November 1995, sangat menggemari subjek  ‘Additional Mathematics dan Mathematics. Tidak hairanlah jika ditanya tentang bidang yang diminatinya, beliau akan memilih bidang ‘Engineering dan Perakaunan’ Beliau yang meminati warna hijau, putih dan hitam sinonim dengan warna yang ada pada logo KRSM , menjadikan diri beliau begitu sebati dengan tugas yang dipikulnya.

Menjadikan bapanya sebagai tokoh dalam bidang pekerjaan, Adam sentiasa berpegang teguh pada istilah inggeris iaitu ‘never give up’ yang menjadikan beliau sentiasa bersemangat dan focus bekerja kerana Allah Ta’ala.  Dalam kehidupan beliau seluruhnya, Adam memilih untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam segala aspek. Penggemar barangan berupa hadiah dari kedua ibu bapanya,  Adam sentiasa beringat bahawa sekali gagal itu adalah langkah kejayaan dan tiada kemenangan jika tiada usaha.  Adam Yahanis, kini berdiri gagah sebagai seorang kepimpinan berkaliber yang sentiasa menjadi contoh ikutan kepada pelajar lain.

“never give up”
-adam mujahid-




No comments: