Setiausaha 1


Setiausaha 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Radhiah binti Mohd Jelani

              
  Gadis tinggi lampai yang lahir pada Oktober 1995 ini, mempunyai ciri keibuan yang sangat tinggi. Radhiah binti Mohd Jelani atau lebih gemar dikenali sebagai Odi adalah seorang insan yang sangat tersusun dalam urusannya. Tidak hairanlah jika beliau diberi amanah untuk memegang  jawatan sebagai  Setiausaha MPP 1, dan Pembimbing Rakan Sebaya.

                Anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik  ini, adalah seorang yang sangat pandai bergaul dengan orang ramai. Insan yang meminati aksesori daripada kayu atau buloh ini mempunyai gaya yang sangat bersahaja. Hal ini menjadikan beliau orang yang sangat peka terhadap perubahan semasa. Beliau yang juga meminati warna biru, putih dan coklat, gemar memenuhi masa lapangnya dengan membaca dan menjahit. Kerana ketika itulah dia mencurahkan segala kreativiti semula jadi yang ada dalam dirinya.

                Menumpukan minat pelajarannya dalam subjek Biologi  dan English, Radhiah telah menjadikan Yusuf Al –Qardhawi sebagai contoh ikutan dalam kehidupannya. Penggemar Ikan goreng Umi dan Fruit Salad ini, Radhiah sentiasa berpegang kepada prinsip berkerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya, beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok. Semangat inilah yang menjadikan beliau  berdiri tegak sebagai kepimpinan yang sangat hebat  di sekolah dan InshaAllah di dunia luar juga.


“bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya,
Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok”
-radhiah jelani-