Guru MPP


Guru Majlis Perwakilan Pelajar
Ustaz Mohd Iswan Bin Mansor


Beliau cukup terkenali sekolah sebagai guru yang mengajar subjek 'Chemistry'. Berkhidmat di bumi Hidayah sejak 2005, Ustaz Mohd Iswan bin Mansor begitu komited dalam menjalankan tugasnya. Anak kelahiran Selangor ini lebih dikenali sebagai Abu Ammar Al-Hakim. 


Ayah kepada dua putera ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Tiram Jaya dan Sekolah Rendah Agama Seri Tiram Jaya. Bakat kepimpinannya begitu terserlah tatkala menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tiram Jaya. Belakang parang yang diasah lagikan tajam, ini pula manusia. Beliau terus tampil hebat sebagai tunggak pemimpin pelajar tatkala menuntut di menara gading. 

Sejak di bangku sekolah hinggalah bergelar graduan, beliau sememangnya terkenal sebagai pemimpin pelajar. Tidak hairanlah jika kini, beliau sering menjadi tempat rujukan barisan kepimpinan pelajar di bumi Hidayah. Tidak mengenal erti penat dan lelah, beliau sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menemani barisan kepimpinan pelajar dalam merancang sesuatu program. Beliau bukan sekadar menemani, malah, juga melontarkan idea dan turut serta dalam perbincangan tersebut.  

Berbicara tentang lontaran idea, Ustaz Iswan merupakan orang amat teliti, lebih-lebih lagi dari sudut penampilan, pemikiran dan sahsiah barisan kepimpinan. Menurutnya, sifat  teliti itu perlu bagi menjamin tahap kualiti  yang dikehendaki tercapai. Sememangnya, sifat teliti insan yang lahir pada 18 April 1983 ini amat dikagumi semua.  

Telah berkhidmat sebagai warden selama 4 tahun juga memberi peluang kepada beliau untuk lebih mengenali dan mengenalpasti potensi setiap pelajar. Bagi pelajar-pelajar , Ustaz Iswan bukan sekadar guru dan pendidik, tetapi, juga merupakan bapa, abang dan teman. Gayanya yang santai tetapi tetap serius, menjadi faktor untuk  pelajar selesa berbincang dengannya, lebih-lebih lagi dalam soal pengurusan kepimpinan pelajar. Sememangnya, beliau yang gemar bercucuk tanam ini amat disenangi dan dihormati.


" Hidup ini adalah perjalanan menggapai Mardhatillah.."
-iswan mansor-