Timbalan Ketua Pelajar 1


Timbalan Ketua Pelajar 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Muhammad Aiman Bin Abdull Rahim


          Insan yang berkaca mata ini begitu sinonim dengan gelaran “doktor”.  Menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh dan As-Syahid Doktor Abdul  Aziz ar Rantisi  sebagai tokoh inspirasi kehidupan. Muhammad Aiman Bin AbdulL Rahim tampil hebat sebagai anak muda yang bersemangat waja. Beliau yang mesra dengan panggilan Aiman, lahir pada November 1995.

          Anak ke-4 dari  6 adik beradik ini terkenal sebagai  seorang  yang mahir mengalunkan bacaan alQuran mengikut gaya sheikh – sheikh terkemuka. Selain itu, penggemar barangan eletronik ini  juga  merupakan pemimpin yang bertanggungjawab dan kreatif. Peribadinya ini serasi dengan jawatannya selaku Timbalan Ketua Pelajar 1.  Aiman juga menjawat jawatan sebagai pengawas, PRS dan Koperal KRSM di sekolah.

         Penggemar masakan pedas dan berempah ini meminati subjek biologi dan Bahasa Arab. Apabila ditanya mengenai warna kegemaran, Aiman pasti memilih warna hitam, biru,  merah dan hijau. Insan yang berminat  untuk menceburi  bidang perubatan, animasi dan dakwah ini suka mencuba sesuatu yang pelik. Dengan erti kata lain beliau mahu tergolong dalam Ghuraba’(asing). Adakalanya, beliau juga agak blur dan mudah lupa. Beliau juga memerlukan seseorang yang boleh membantunya.

         Namun begitu, Aiman tetap unggul sebagai pemimpin yang berwibawa. Beliau yang suka membaca, melayari internet dan berfikir ini menjadikan “ALLAH GHAYATUNA” sebagai falsafah hidupnya. Hakikatnya, beliau merupankan insane yang mendahulukan urusan Allah dalam apa jua keadaan, persis prinsip hidupnya, 


“sesungguhnya solatku ibadahku amalanku hidup dan matiku
kerana Allah Taala”
-aiman rahim-


No comments: