Exco 2 : Perhubungan Awam


Exco Perhubungan Awam
Majlis Perwakilan Pelajar
       Syaima Amatullah binti Hasanuddin

Orangnya kecil molek. Sekali pandang, ramai yang beranggapan bahawa beliau merupakan pelajar tingkatan satu. Namun kecil –kecil cili api, SAH tampil hebat sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Syaima, begitu petah dalam berbicara. Tidak hairanlah jika beliau seringkali terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan debat  saban tahun.

Penggemar warna biru, hitam dan putih ini turut dikenali sebagai seorang yang murah dengan senyuman. Maka, tidak hairanlah jika beliau mudah didampingi. Personalitinya ini begitu cocok dengan jawatannya sebagai Exco Perhubungan Awam MPP.  Anak kelahiran Johor ini  juga menjawat jawatan sebagai  sarjan KRSM dan Naib Presiden PRS.

Syaima yang merupakan anak kelima daripada daripada tujuh orang adik beradik ini juga cenderung  kearah bidang psikology, perdebatan dan dakwah. Insan yang lahir pada April 1996 ini adakalanya agak lurus. Namun beliau tetap mampu untuk tampil cemerlang dalam akademik.

Penggemar subjek matematik dan sains ini suka mengumpul key chain dan penanda buku. Menyukai masakan ayah bondanya, Syaima menjadikan Hasanuddin Mohd Yunus sebagai tokoh inspirasi dalam kehidupan.

Insan yang suka melihat fenomena alam ini juga terkenal  sebagai seorang yang sentiasa bersedia  dalam apa jua keadaan. Beliau memegang frasa HIDUP MEMANG BEGITU. Dengan erti  kata lain, beliau percaya  bahawa seseorang itu perlu untuk terus maju meskipun onak dan duri pasti menghalang. Sememangnya  Syaima merupakan insan yang sentiasa bersemangat selari dengan ungkapan ulama’ ; Hammasatus Syabab , Hikmatus Syuyuhh.


“Hidup Memang Begitu!”
-Syaima Hasanuddin-