Setiausaha 2

Setiausaha 2
Majlis Perwakilan Pelajar
Muhammad Hanif Mohd Nor


              
  Dia, yang bertali leher merah sangat ramah dan suka tersenyum. Muhammad Hanif Bin Mohd Noor yang lebih dikenali dengan nama Hanif dilahirkan pada 21 November 1996. Menjadikan Hassan al-Banna sebagai idola hidupnya telah membentuk peribadinya menjadi seorang yang cintakan ilmu dan mudah bergaul. Gerak kerjanya yang tersusun telah meningkatkan kepercayaan pihak sekolah untuk memberikannya peluang memikul amanah sebagai Setiausaha 2 MPP, Timbalan Ketua Pengawas 1 dan seterusnya Bendahari 1 Pembimbing Rakan Sebaya.
           


     Hanif yang begitu aktif sepanjang menjawat jawatan Sarjan KRSMusleh gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa yang terluang. Anak keempat daripada lima orang adik beradik ini amat menyukai subjek Mathematics. Antara barangan yang paling disukainya adalah kasut. Sikapnya yang mudah bergaul dengan setiap lapisan umur menjadikannya individu yang mudah dipercayai. Hanif juga teguh dengan prinip hidupnya, ‘hidup perlu semangat’