Wednesday 1 December 2010

Cuti : Nikmat @ Ujian ?

[ Bismillah.. ]

Kaifahalukum? Mudah-mudahan, semuanya dalam keadaan baik, ya! 1 Disember merupakan tarikh keramat kerana ini bermakna hanya tinggal sebulan sahaja sebelum lembaran 2010 ditutup dan tirai 2011 dibuka. Maka, manfaatkanlah cuti yang hanya tinggal sebulan ini!

Berbicara tentang cuti, ana pasti, ramai yang menghabiskan masanya di hadapan komputer ataupun bercuti bersama keluarga. Bagi mereka yang sedang bercuti, anggaplah ia adalah peluang yang Allah berikan untuk kita menikmati keindahan alam ciptaanNya. Moga dengan bertambah jauhnya perjalanan, makin bertambah juga iman kita ya! Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa bersama komputer, jangan lupa untuk ringankan diri dan hati untuk menolong ibu bapa di rumah. Moga-moga kita beroleh keberkatan.

Pendek kata, manfaatkan cuti ini sebaiknya sebagai tanda syukur kita atas nikmat kurniaan Allah. Cuti ini juga merupakan ujian daripada Allah buat kita yang bergelar hamba. Allah mahu menguji tahap keimanan kita dengan memberi kita kelapangan. Adakah kita manfaatkan atau persiakan masa tersebut? Jom, muhasabah diri dan koreksi hati.


Buat Kakak dan Abang Tingkatan 5, teruskan perjuangan dalam SPM! Moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan. Buat mereka yang baru sahaja menerima result PS2, persiapkan diri untuk membuka lebaran 2011 dengan semangat yang baru! Buat pelajar Tingkatan 3, manfaatkan saat kritikal ini dengan banyak bermunajat kepadaNya agar keputusan PMR mampu membuatkan semua orang tersenyum gembira. Buat pelajar tahfiz, persiapkan hati untuk menaiki bahtera perjuangan menjunjung alQuran. Tidak lupa, buat Qiadah Hidayah, terus bersemangat dalam menjana sebuah transformasi yang dinanti-nanti.



" Selamat. Memanfaatkan Cuti! "
Jazamullahukhayrankathira,
:: MT Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 ::

No comments: