Tuesday 16 November 2010

Salam Aidiladha

Bismillah... ( QS 27 :30 )

Aidiladha?

Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.


Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal. Apa yang sayup-sayup kedengaran hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban yang didukung oleh jiran tetangga. Hakikatnya, itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu, Ya Allah. Aidiladha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya. Insya-Allah...

Salam. Aidiladha 1431 H

Dari Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar

2010 / 2011

Adaptasi dari wesite: http://saifulislam.com/?p=7151

No comments: