Tuesday, 16 November 2010

MPP : Berwajah Baru!

Bismillah.. ( QS 27 : 30 )

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar!

Ungkapan tahmid, tasbih dan takbir membasahi setiap bibir kami pada pagi Aidiladha ini. Tiada yang mampu diungkap melainkan pujian kepadaNya. Akhirnya, setelah sekian lama menanti, Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar SMIH JB berjaya mengorak satu lagi langkah ke hadapan demi memacu sekolah kita ke arah yang lebih gemilang. Seiring dengan kata-kata Puan Pengetua ; " standing tall in the eyes of the world" , MT MPP kini tampil dengan wajah yang baru.

Namun begitu, ingin kami rakamkan di sini ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dalam memacu SMIH JB ke arah yang cemerlang. Mudahan-mudahan segala usaha ini menjadi amal jariah buat mereka sebagai bekalan di Akhirat sana. Insya-Allah...

Terima kasih buat mereka yang telah bersusah-payah mereka header blog MPP. Semoga usaha yang kecil dan ikhlas ini mampu menjadi batu loncatan untuk menjejakkan kaki ke syurga...

Tidak lupa juga, terima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar 2009 / 2010 atas segala dorongan, motivasi dan tunjuk ajar. Moga-moga segala perkongsian tersebut menjadi pemberat amalan baik sewaktu dihisab di Akhirat kelak...

Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh warga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB yang telah benyak memberi pandangan, cadangan, dorongan, motivasi dan juga pendapat. Moga-moga Allah memberkati kita semua. Insya-Allah..

Jazamullahukhayrankathira,
MT Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011.

1 comment:

+akufobia+ said...

go semangat baru.wawee.