Saturday 15 October 2011

Imbas kembali : Iktikaf Perdana

Bismillah 
maaf seribu kali kemaafan dari pihak MPP kerana sering lambat mengeluarkan laporan.
atas beberapa halangan dan cabaran yang juga daripada Tuhan Yang Esa,

kerana 

kita merancang Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik baik perancang

untuk episod imbas kembali pada kali ini, 
kita akan terbang jauh melihat aktiviti IKTIKAF PERDANA pada bulan RAMADHAN yang lalu

Tarikh : 27 hingga 28 OGOS 2011
Tempat : Masjid UTM skudai
sasaran : WAJIB kepada setiap QIADAH di sekolah
                       dan terbuka kpd 40 org pelajar biasa


pada Hari Jumaat jam 2.30 pm kami bertolak ke Masjid dgn menaiki bas
kami  berkumpul di masjid dan menunaikan solat asar,

aktiviti kami

1) perkongsian makna, kelebihan dan adab IKTIKAFdari ustaz Baihaqi
2)Memburu Lailatul Qadr dari Ustaz Abdur Rahman 
3) perkongsian bersama Alumni banin dan banat
4) khatam Quran Jamaie
5)target Kami Pada Bulan Ramadhan (individual)
6) LDK - bagaimana ingin memburu lailatul qadr

begitulah secara kasarnya aktiviti yang kami lakukan 
RINGKAS tapi PADAT

iktikaf diakhiri dengan khatam Quran Jamaie dan majlis penutup
setiap dari kami menerima cenderahati dari pihak sekolah
berbentuk sebuah buku mathurat bagi setiap individu

dan kami PULANG pada hari SABTU  pada pukul 5.00pm dgn hati yang sedih kerana terpaksa meninggalkan satu majlis yang cukup indah dan mendamaikan. 

mendengar penyampaian Ustaz Abdur Rahman

Pembentangan dalam kumpulan 


Indahnya tarbiah bagi yang ingin menyertainya dengan hati terbuka,
meresap ke dalam jiwa membuang segala karat berbahaya

Indahnya tarbiah andai diterima dan diguna
bukan diterima lalu melayang entah ke mana

ketahuilah, di saat anda disuap dengan pelbagai jenis ilmu
dan anda tidak mengendahkannya, lebih buruk andai anda mengutuknya

di luar sana lebih ramai manusia yang ketandusan ilmu,
meminta untuk diberikan walau sesuap cahaya
kerana bagi mereka sesuap itulah yang paling berharga , 
memberikan mereka setitis cahaya

Jangan sampai Tuhan murka, lalu ditarik nikmat IMAN dan ISLAM yang anda kecapi sekarang.

No comments: