Thursday 8 September 2011

Tanggungjawab sebagai MPP




Alhamdulillah,
atas permintaan kebanyakkan sahabat,
yang INGIN untuk mengetahui tugas -tugas kami sebagai MPP,
bagaimana pergerakan, perjuangan dan perlaksanaan kami dalam melicinkan pergerakan di sekolah..

maka, di sini saya sertakan tugas-tugas umum setiap jawatan kami.


KETUA PELAJAR.(banin)
  • Memastikan kelancaran perjalanan sekolah
  • Menetapkan mesyuarat yang akan dijalankan
  • Menjadi pengerusi mesyuarat dan memutuskan keputusan dalam mesyuarat.
  • Bertanggungjawab terhadapap pentadbiran MPP

TIMBALAN KETUA PELAJAR 1 (banin) dan TIMBALAN 2 (banat)
  • Membantu ketua pelajar dalam urusan MPP
  • Perlu merujuk ketua pelajar dalam pengurusan dan perlaksanaan (meminta izin)
  • Memangku tugas ketua pelajar ketika ketiadaannya.

SETIAUSAHA AGUNG (banat)
  • Bertanggungjawab atas urusan surat menyurat MPP dan mesyuarat- mesyuarat MPP
  • Menyimpan rekod dan membuat minit-minit mesyuarat.

BENDAHARI AGUNG (banin)
  • Menyediakan penyata dan laporan kewangan MPP
  • Menyimpan laporan kewangan MPP dan laporan kewangan aktiviti

EXCO SETIAP BADAN PRS, PENGAWAS DAN KRS
  • Mengetuai segala program dan pergerakan unit masing - masing
  • Melaporkan program semasa unit dalam mesyuarat MPP

EXCO 1 ; ADUAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR
  • Menguruskan aduan aduan pelajar dan menyampaikan kepada pihak berkenaan
  • Menguruskan kebajikan pelajar.

EXCO 2 ; PERHUBUNGAN AWAM
  • Menghebahkan perkembangan MPP dan program setiap unit serta aktiviti sekolah
  • Menjadi penghubung informasi antara MPP dan sekolah rangkaian.

secara umumnya begitulah tugas kami sebagai MPP
jadi bagi mana-mana pihak yang ingin mengetahui tugas MPP
dengan lebih terperinci lagi

boleh memintanya pada laman email kami

mymppsmihjb@gmail.com


"setiap daripada kamu adalah pemimpin ,
dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin"

No comments: