Monday 11 April 2011

16 Tahun Dalam Kenangan.


Bismillah.

31 Mac 2011, tarikh bermakna buat seluruh warga SMIH. Tarikh di mana gelaran 'Pengetua' bertukar tangan. Terima kasih tidak terhingga buat INSAN tersebut yang sanggup berkorban apa sahaja demi melahirkan mujahid-mujahidah ummah yang berperibadi Insan Rabbani. Dialah IBU, KAKAK, GURU, MAJIKAN juga SAHABAT. Terima Kasih...




Semua pelajar berdebar menanti ketibaan INSAN tersebut, di musolla banin.


Para Qiadah bersiap sedia menanti ketibaan BELIAU.

Akhirnya, INSAN yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sejambak bunga dihadiahkan tanda kasih sayang buat BONDA tercinta.


Ketua Pelajar SMIH sedang berucap. Masing-masing sebak mendengar ucapan penghargaan yang disampaikan oleh beliau, khas buat BONDA.

Gambar MT MPP bersama BONDA & Pengetua SMIH, juga Guru MPP.


Buat BONDA TERCINTA, Ustazah Kamaliah binti Nordin
Terima Kasih atas segala sumbangan dan jasa Ustazah. Segala pesanan Ustazah pasti menjadi kata azimat yang menjadi inspirasi buat kami. Terima kasih sekali lagi. Hanya Allah yang mampu mengganjari.

" Standing tall in the eyes of the world "
- Bonda, Ustazah Kamaliah bt Nordin -

No comments: