Wednesday 16 March 2011

Bencana Alam : Peringatan Illahi buat Penghuni Bumi

Bismillah..

どのようにあなたは?"私はあなたが健康である願っている.....[Apa khabar antum? Semoga sihat selalu..] Insya-Allah.. Hm.. Kali ini, kami tampil dengan sedikit keunikan, iaitu dengan tulisan Negara Matahari Terbit, sebagai pembuka kalam. Mungkin, ada yang terdetik mengapa perlu menulis dalam keadaan sebegitu? Adakah kami ini golongan yang fanatik Jepun? Astaghfirullah, tidak. Tidak sama sekali. Bukankah Islam itu fleksible dan syumul, bukan hanya untuk bangsa Arab? Maka, penguasaan bahasa asing perlu dalam menyampaikan risalah Islam. Jika para sahabat dulu hanya pandai berbahasa Arab, adalah mustahil untuk Islam tersebar di seluruh pelusok dunia. Hebat kan para sahabat?

Okey, berbicara tentang Jepun, kami terkenang akan nasib saudara kita yang kini bagai telur di hujung tanduk. Masing-masing tidak pasti, apakah yang akan dihadapi pada hari-hari akan datang . Gempa bumi dan tsunami seakan memusnahkan segalanya yang selama ini dimiliki oleh mereka. Apa yang lebih menggetarkan jiwa ialah semuanya lenyap dalam sekelip mata!

Begitulah hakikat sebenar kehidupan, segalanya datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua. Jika Jepun yang hebat dengan teknologi itu pun Allah boleh musnahkan dalam sekelip mata sahaja, apatah lagi diri kita yang tidak punya apa-apa kekuatan. Mampukan kita berlari menyelamatkan diri di saat genting sebegitu? Apa yang pasti, di saat itulah, kita akan bertaubat dan merayu agar Allah menghulurkan pertolongan. Tetapi, soalnya, adakah kita sempat bertaubat?

Ayuh, marilah merebahkan hati dan jiwa di atas sejadah cinta. Allah menghadirkan bencana alam di dunia ini untuk memperingatkan hamba-hambaNya yang kian leka dek urusan duniawi. Allah juga sebenarnya mahu memberitahu bahawa KIAMAT ITU SUDAH HAMPIR TIBA! Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat. Allah tidak zalim, kan? Allah itu amat sayang pada hambaNya. Tetapi, terserah kepada kita sama ada untuk cuba memahami atau membutakan mata hati. Marilah, kita semua duduk sebentar untuk introspeksi diri. Kembalilah kepada Illahi...

“ Ya Allah, golongkanlah kami, sahabat kami, keluarga kami, guru kami, dan kenalan kami dalam golongan orang yang mencintaimu dan Engkau mencintai mereka juga.. .”



No comments: