Wednesday 2 February 2011

Kesibukan...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Salam berbahagia buat semua pengunjung yg tidak jemu2 dan yg baru bersinggah di blog mpp smih jb ini. Moga sedikit sebanyak mampu memberi manfaat dan ilmu kepada kalian semua. Pihak mpp akan senantiasa memberikan perkongsian dan pandangan kami tentang isu2 di sekolah, isu2 semasa dan hal-hal lain seperti perkongsian ilmu.

Baiklah, tajuk post kali ini adalah berkaitan dengan kesibukan. Apa yg kalian faham tentang sibuk? Pernah terasa sibuk? Sibuk merupakan suatu keadaan di mana kita akan terasa seolah-olah tersepit di celah-celah batu, terhimpit dalam khalayak ramai. Seakan-akan tidak mempunyai ruang utk berehat dan menarik nafas lega. Tetapi adakah sibuk suatu perkara yg merumitkan? Percayalah, sesungguhnya kesibukan itu suatu nikmat dan hanya insan yg ingin bekerja dan melakukan sesuatu perkara yg bisa merasai nikmat ini.

Wahai teman-teman, jadi mohonlah pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin, kerja sekolah yg bertimbun-timbun, tanggungjawab sebagai seorang anak. Fuhh, banyak betul yg perlu dibuat. Waktu lapang sebelum waktu sempit. Gunakanlah dan uruskanlah masa yg ada dengan sebaiknya. Janganlah kita suka bertangguh, kelak kitalah manusia yg paling rugi.

Dengan sukan yg diadakan tidak brapa lame lagi, pastinya kita semakin sibuk. Jadi, buatlah persiapan dengan sebaiknya, jika ada masa terluang siapkanlah apa yang patut. e.g.homework~Sememangnya Sekolah Menengah Islam Hidayah sangat banyak program yg diadakan supaya pelajar2nya mampu cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Gunakanlah cuti yg ada ini dengan perkara2 yg berfaedah. Selamat bercuti:-)

No comments: