Thursday 20 January 2011

Orientasi Tingkatan 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulilah pada 1~3 Januari yang lalu, program orientasi pelajar Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan. Bertempat di lokasi yang sejarahnya bermula pada tahun 1995 telah memberi ruang dan peluang kepada adik-adik ini untuk mengenal lebih dekat disebalik nama Sekolah Menengah Islam Hidayah. Selain itu, nasyid "Bertemu dan Berpisah hanya karena Dia" dan
"Akrab Persahabatan" telah menjadi lagu tema orientasi pada kali ini.



Sabtu, 1 Januari 2011.
Jalinan ukhuwwah antara adik-adik bersama fasi dan AJK bermula setelah sesi taaruf. Setiap fasi dan AJK memperkenalkan diri dan prinsip hidup mereka.Pelbagai ragam fasi dan AJK yang dapat dilihat sewaktu sesi taaruf dijalankan, masing-masing mempunyai 'trademark' atau 'tagline' yang tersendiri.Hebat betul mereka ini! Rupa-rupanya ada bakat yang terpendam untuk mengambil hati adik-adik.Satu laungan takbir untuk mereka.Allahuakbar!

Seterusnya slot "Break The Wall". Terdapat 2 aktiviti di dalam slot ini, yang mana aktiviti pertama ialah Siapa Sahabat Kita(SSK). 6 tokoh Islam lelaki dan perempuan telah dipilih.
Yang mana setiap pelajar akan ditampal kertas di bahagian belakang bahu mereka ciri-ciri yang terdapat bagi tokoh Islam yang perlu mereka cari dan akhirnya ia akan membentuk sebuah kumpulan berdasarkan ciri-ciri tokoh yang sama di bahagian belakang bahu sahabat mereka yang lain. Aktiviti yang kedua pula ialah Adik-Beradik Kita(ABK). Setelah pembahagian kumpulan dilaksanakan di aktiviti SSK, para pelajar diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu megetahui tarikh lahir setiap ahli kumpulan bagi menentukan siapa along, angah, achik, alang, uda dan lain-lain sehingga adik yang kesepuluh. Kesepuluh-puluh ini memainkan peranan dalam kumpulan masing-masing berdasarkan 10
muwasafat tarbiyah.

Seterusnya ialah slot Hijrah 1: Inilah sejarahku.
Pepatah ada mengatakan tak kenal, maka tak cinta.Oleh itu, slot ini telah membawa adik-adik untuk bertaaruf dengan sistem pengurusan dan pentadbiran hidayah, kepimpinan di SMIH dan sebagainya melalui tayangan slideshow dan penerangan oleh Ketua Pelajar kita,
Akh Muhd. Haqqul Yaqin.
Aktiviti disusuli dengan slot Hijrah 2: Hidayah Kebanggaanku.
Kesinambungan daripada slot Hijrah 1 yang memperkenalkan sejarah sekolah, slot Hidayah Kebanggaanku telah memaparkan kejayaan-kejayaan sekolah baik dari peringkat daerah sehingga antarabangsa melalui tayangan gambar-gambar kejayaan oleh
Akh Wan Abdul Rahman.
Setelah siang berganjak malam, masa dimaksimakan dengan slot Hidayah Version 1. Slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman. 3 muwasofat tarbiyah yang pertama telah ditekankan di dalam slot ini. Penyampaian bertenaga dan bersemangat daripada ustaz mengurangkan bilangan adik-adik yang syahid. Alhamdulilah.
Sekalung penghargaan buat ustaz.Allahuakbar.
Seterusnya, slot keempat ialah Hidayah Version 2. Slot ini memaparkan budaya-budaya yang terdapat di sekolah yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan sempadan buat pelajar.

Ahad, 2 Januari 2011.

Bermunajat pada Illahi merupakan agenda utama seawal bangkitnya dari tempat pembaringan.
Seterusnya, program diteruskan dengan slot Dari Hati ke Hati. Pelajar diarahkan untuk duduk ke dalam kumpulan rekaan sendiri.Kemudian, pelajar dibenarkan untuk memilih fasi atau AJK yang mereka kehendaki untuk duduk ke dalam kumpulan mereka bagi membincangkan isu yang bertemakan ukhuwwah.
Orientasi diteruskan dengan slot Kembara Al-Quran.Setiap kumpulan perlu mencari checkpoint yang dikehendaki berdasarkan ayat Al-Quran yang diberi sebagai klu mereka. 7 checkpoint telah diwujudkan dan setiap checkpoint mempunyai tugasan untuk pelajar berdasarkan
7 muwasofat tarbiyah yang terakhir.Kemudian, resolusi Kembara Al-Quran telah dijalankan sebagai aktiviti terakhir orientasi selama 2 hari.

Isnin, 3 Januari 2011.

Pengenalan unit Hal Ehwal Pelajar(HEP) daripada Ustazah Wan Noraini merupakan
permulaan program orientasi pada hari yang berikutnya. Setelah itu, taaruf Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), Unit Pengawas, Unit Pembimbing Rakan Sebaya dan Unit Kadet Remaja Sekolah telah dijalankan di Dewan Al-Qadisyyah. Program terakhir pada hari tersebut ialah School Tours. Barisan MPP dan timbalan setiap unit telah membawa pelajar melawati tempat-tempat menarik dan penting di sekitar sekolah serta menerangkan fungsi kawasan tersebut kepada pelajar.

Dan akhir sekali, jazakillah buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program orientasi tingkatan 1 pada tahun ini.



No comments: