Tuesday, 21 December 2010

Ready? Set ? Go !

Bismillah...

Alhamdulillah.. SPM 2010 baru sahaja menutup tirainya. Begitu juga Kem Tahfiz 2010. Namun, sekolah seakan tidak pernah sunyi tanpa pengunjung. Pasti ada sahaja yang memeriahkan dan menghidupkan suasana di sekolah. Kini, Kelas Tambahan PMR & SPM 2011 memulakan langkah sulungnya pada hari esok. Mudah-mudahan, semuanya sudah siap siaga untuk bertempur dengan mata pena dan buku. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, kan?

Tatkala calon SPM & PMR 2011 berhempas-pulas dengan buku dan silibus yang baru, calon PMR 2010 sedang dihantui debaran menanti keputusan PMR yang bakal diumumkan pada 23 Disember 2010 , bermula jam 11.00 pagi di Dewan Al-Qadisiyah. Moga-moga, mereka beroleh keputusan yang cemerlang dan berjaya mencapai target GPK. Insya-Allah.

Sementara itu, pelajar Tingkatan 1 (2011) pula tidak sabar menanti saat menjejakkan kaki ke dunia yang baru. Program Orentasi Tingkatan 1 pula semakin hangat dibicarakan. Ahlan Wasahlan, Selamat Datang dan Welcome kami ucapkan. Manfaatkanlah peluang di Bumi Hidayah untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu kerana tidak semua orang berpeluang untuk menuntut di Bumi Hidayah.

Akhir sekali, cuti sudah menghampiri penghujungnya. Masing-masing sudah sibuk membeli peralatan sekolah. Shopping-complex pula sudah pun memulakan 'sale : back to school'. Baju baru, kasut baru, buku baru; segalanya baru! Namun, semua itu tidaklah penting. Paling utama, kita semua kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru! Allahuakbar!


Bumi Hidayah meriah!
Jazamullahukhayrankathira,
:: MT Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 ::