Showing posts with label Pengawas. Show all posts
Showing posts with label Pengawas. Show all posts

Friday, 4 March 2011

Flashback : Januari & Februari

Bismillah..

Apa khabar, antum? Sihat? Bagaimana UB1? Paling utama, bagaimana iman antum? Mudah-mudahan, semuanya dalam keadaan tip-top! Hmm.. Pejam celik,pejam celik.. Mac pun sudah menjengah tiba. Ertinya, sudah dua bulan kita bersekolah. Cepat sungguh masa berlalu, ya! Dalam hidup ini, kita sememangnya perlu berpandangan futuristic, tetapi, tidak salah untuk menoleh ke belakang sesekali, untuk mengintrospeksi diri dan memperbaiki segala kekurangan yang ada.


:: januari ::

…………Sesi persekolahan 2011 bermula..



……
orentasi form 1 : Terima kasih, Thank You & Syukran kepada adik-adik gen17 yang hebat-hebat belaka! Segulung apresiasi juga buat ajk yang sentiasa bersemangat.

orentasi form 4 : Saat memilih hala tuju masing-masing. Sains sosial vs sains tulen?



hidayah on stage | 1,2,3 Action | Imam Muda | Akademi Nasyid Hidayah | Hidayah.fm |

| Pidato Piala Perdana : p3 | poster islami | contact hati | introspeksi Iman | Muslim-Super Cyber MSC |



Program Qiadah . Transformasi Kepimpinan Hidayah : Qiadah Proaktif!




SMAT-V : Islam is The Root of Science and Technology ; by Panitia Sains, Matematik, Teknik & Vokasional



:: februari ::

Sukan SMIH 2011 : Sukan Variasi Transformasi Islam . Tahniah buat semua!!



Sambutan Maulidur Rasul ; by Bidang Ilmu Wahyu SMIH JB


Pentauliahan pangkat untuk ahli KRSM di Dewan Khandak

…………

…………………latihan kebakaran


…………ujian berkala 1 - have just end. bagaimana result? dup-dap.. Moga menggapai najah!


Mudah-mudahan, Allah memberkati segala aktiviti yang telah kita lalui. Apapun, segala kekurangan,pihak MPP mohon maaf. Harapan kami, segala kekurangan tersebut dapat diatasi BERSAMA-SAMA, insya-Allah. Terima kasih atas kerjasama, komen dan cadangan antum selama ini, kami amat menghargainya.

Jazamullahukhayrankathira,

MT Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011.

Monday, 15 November 2010

Kem Qiadah 2010


Bismillah.. ( QS 27 :30 )

Alhamdulillah, buat pertama kalinya, pada 10 November hingga 12 November 2010 ,barisan Qiyadah SMIH JB telah menjalani;

" Kem.Qiadah 2010 "


Bertempat di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dan Tunjuk Laut, Mersing, program ini memberi pendedahan dan dorongan kepada Qiyadah SMIH JB dalam usaha memacu SMIH JB ke arah yang lebih gemilang dari segala aspek.


Hari 1 ( 10 November 2010 )

Kami semua diminta berkumpul di salah sebuah kelas untuk sesi taklimat. Ia merupakan satu sesi yang menarik dengan adanya Imam, Bilal, Komander, Kounselor , Bapa dan Anak Soleh. Kemudian, kami diberikan sedikit juadah minda yang begitu praktikal dan bermanfaat daripada Ustazah Hawanis. Semoga barisan Qiadah dapat mempraktikkan segala yang telah dihidangkan.

Slot pada malam hari tidak kurang hebatnya. Kami , sekali lagi, disuap dengan pelbagai hidangan minda yang disampaikan oleh Akh Saifulislam . Tidak ketinggalan juga, pengisian yang diberikan oleh Ustazah Norma Muhamad sememangnya menarik. Sememangnya, hari pertama di kem ini memberikan kami 1001 pendedahan dan pengetahuan.


Hari 2 ( 11 November )

Usai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, kami diberi pendedahan mengenai beberapa isu berkenaan kejatuhan tamadun Islam . Cara penyampaian yang agak serius bercampur santai menjadikan slot pada pagi itu menyegarkan .

Slot seterusnya dipimpin oleh Akh Talha, selaku Kem Komander , dan Ustaz Iswan , Pengarah Program Kem Qiadah. Setelah itu, kami menjalani aktiviti LDK bersama para fasilitator. Kemudian, kami diminta untuk membuat beberapa persiapan sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, Tunjuk Laut.

Kami tiba di Tunjuk Laut tatkala hujan turun membasahi bumi. Usai makan dan solat, kami menjalani beberapa aktiviti luar yang cukup menarik dan mencabar kredibiliti setiap individu. Daripada piramid yang kecil sehingga menara yang tinggi, semuanya mengajar kami erti kerjasama.

Pada malam hari pula, kami mendapat sedikit suapan minda yang telah disampaikan oleh Akh Imran Omar, sebelum menjalani slot seterusnya yang lebih mencabar. Mudah-mudahan, segala yang diperoleh pada hari kedua mampu menjadikan barisan Qiadah ini lebih mantap, kukuh lagi utuh.

Hari 3 ( 12 November )

Hari terakhir menjalani kem ini merupakan detik yang penuh bermakna kerana kami diberi peluang untuk mengaplikasikan semula segala input yang telah diperoleh. Moga-moga, pengalaman pada hari tersebut menjadikan barisan Qiyadah lebih profesional dan proaktif , selari dengan konsep 10 rukun bi'ah dan 10 Muwasaffat Tarbiah.





Meskipun kem ini telah pun melabuhkan tirainya, namun, harapan kami, semangat pemuda masih membara dan tidak luntur . Jutaan terima kasih kepada Ustaz Iswan, Ustaz Kamarul Kalam, Ustazah Norma, Ustazah Hawanis , Ustazah Juli dan Ustazah Norhidayati. Tidak lupa juga, terima kasih kepada Kem Komander ; Akh Talha dan para fasilitator ; Akh Saifulislam, Akh Izzat, Akh Irfan , Akh Imran , Akh Hasif, Akh Ahmad Akmaluddin, Ukht Uzma dan Ukht Akmal. Terima kasih juga buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, terima kasih kepada Qiadah SMIH JB atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Moga-moga, usaha yang kecil ini disusuli dengan niat yang ikhlas , mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada kita syafaat, taufiq dan hidayah. Insya-Allah...

" Transformasi.Kepimpinan Hidayah "