Thursday 19 January 2012

Orientasi Tingkatan Satu.

Alhamdulillah,

bertemu kita di tahun yang baharu,
INSHAALLAH dengan azam dan semangat yang baru
untuk melahirkan lebih ramai daie yang mantap
sebagai agen penyebar dakwah keseluruh dunia.


maka,
untuk melahirkan lebih ramai daie,
ditakdirkan Allah SWT lebihkurang 160 orang pelajar telah 
terpilih untuk menjadi sebahagian dari keluarga Hidayah
94 orang pelajar perempuan dan selebihnya merupakan pelajar lelaki.

untuk memulakan misi mentarbiah pelajar ini,
satu program khas dibawah penyeliaan 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 

telah menganjurkan

Minggu Orientasi Sekolah  [MOS 2012]

pada 2 hingga 3 Januari 2012


OBJEKTIF PROGRAM INI 

-untuk memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang sekolah hidayah 
-untuk membiasakan mereka dengan suasana biah solehah di Hidayah
-sebagai permulaan kepada proses pentarbiahan pelajar.


di akhir program ini,
mereka iaitu pelajar tingkatan satu
BATCH 18 

telah mencipta beberapa resolusi yang mereka ingin laksanakan
sebaik sahaja selesai program orientasi ini

SEKIAN
Majlis Perwakilan Pelajar
Menyuarakan Pendapat Pelajar

No comments: