Bismillah
maaf seribu kali kemaafan dari pihak MPP kerana sering lambat mengeluarkan laporan.
atas beberapa halangan dan cabaran yang juga daripada Tuhan Yang Esa,
kerana
kita merancang Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik baik perancang
untuk episod imbas kembali pada kali ini,
kita akan terbang jauh melihat aktiviti IKTIKAF PERDANA pada bulan RAMADHAN yang lalu
Tarikh : 27 hingga 28 OGOS 2011
Tempat : Masjid UTM skudai
sasaran : WAJIB kepada setiap QIADAH di sekolah
dan terbuka kpd 40 org pelajar biasa
pada Hari Jumaat jam 2.30 pm kami bertolak ke Masjid dgn menaiki bas
kami berkumpul di masjid dan menunaikan solat asar,
aktiviti kami
1) perkongsian makna, kelebihan dan adab IKTIKAFdari ustaz Baihaqi
2)Memburu Lailatul Qadr dari Ustaz Abdur Rahman
3) perkongsian bersama Alumni banin dan banat
4) khatam Quran Jamaie
5)target Kami Pada Bulan Ramadhan (individual)
6) LDK - bagaimana ingin memburu lailatul qadr
begitulah secara kasarnya aktiviti yang kami lakukan
RINGKAS tapi PADAT
iktikaf diakhiri dengan khatam Quran Jamaie dan majlis penutup
setiap dari kami menerima cenderahati dari pihak sekolah
berbentuk sebuah buku mathurat bagi setiap individu
dan kami PULANG pada hari SABTU pada pukul 5.00pm dgn hati yang sedih kerana terpaksa meninggalkan satu majlis yang cukup indah dan mendamaikan.
mendengar penyampaian Ustaz Abdur Rahman |
Pembentangan dalam kumpulan |
Indahnya tarbiah bagi yang ingin menyertainya dengan hati terbuka,
meresap ke dalam jiwa membuang segala karat berbahaya
Indahnya tarbiah andai diterima dan diguna
bukan diterima lalu melayang entah ke mana
ketahuilah, di saat anda disuap dengan pelbagai jenis ilmu
dan anda tidak mengendahkannya, lebih buruk andai anda mengutuknya
di luar sana lebih ramai manusia yang ketandusan ilmu,
meminta untuk diberikan walau sesuap cahaya
kerana bagi mereka sesuap itulah yang paling berharga ,
memberikan mereka setitis cahaya
Jangan sampai Tuhan murka, lalu ditarik nikmat IMAN dan ISLAM yang anda kecapi sekarang.
No comments:
Post a Comment