Alhamdulillah,
atas permintaan kebanyakkan sahabat,
yang INGIN untuk mengetahui tugas -tugas kami sebagai MPP,
bagaimana pergerakan, perjuangan dan perlaksanaan kami dalam melicinkan pergerakan di sekolah..
maka, di sini saya sertakan tugas-tugas umum setiap jawatan kami.
KETUA PELAJAR.(banin)
- Memastikan kelancaran perjalanan sekolah
- Menetapkan mesyuarat yang akan dijalankan
- Menjadi pengerusi mesyuarat dan memutuskan keputusan dalam mesyuarat.
- Bertanggungjawab terhadapap pentadbiran MPP
TIMBALAN KETUA PELAJAR 1 (banin) dan TIMBALAN 2 (banat)
- Membantu ketua pelajar dalam urusan MPP
- Perlu merujuk ketua pelajar dalam pengurusan dan perlaksanaan (meminta izin)
- Memangku tugas ketua pelajar ketika ketiadaannya.
SETIAUSAHA AGUNG (banat)
- Bertanggungjawab atas urusan surat menyurat MPP dan mesyuarat- mesyuarat MPP
- Menyimpan rekod dan membuat minit-minit mesyuarat.
BENDAHARI AGUNG (banin)
- Menyediakan penyata dan laporan kewangan MPP
- Menyimpan laporan kewangan MPP dan laporan kewangan aktiviti
EXCO SETIAP BADAN PRS, PENGAWAS DAN KRS
- Mengetuai segala program dan pergerakan unit masing - masing
- Melaporkan program semasa unit dalam mesyuarat MPP
EXCO 1 ; ADUAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR
- Menguruskan aduan aduan pelajar dan menyampaikan kepada pihak berkenaan
- Menguruskan kebajikan pelajar.
EXCO 2 ; PERHUBUNGAN AWAM
- Menghebahkan perkembangan MPP dan program setiap unit serta aktiviti sekolah
- Menjadi penghubung informasi antara MPP dan sekolah rangkaian.
secara umumnya begitulah tugas kami sebagai MPP
jadi bagi mana-mana pihak yang ingin mengetahui tugas MPP
dengan lebih terperinci lagi
boleh memintanya pada laman email kami
mymppsmihjb@gmail.com
"setiap daripada kamu adalah pemimpin ,
dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin"
No comments:
Post a Comment